Hari tu aku kerja macam biasa lah. Penat. Ramai mat salleh kacuk order ayam kfc. Macam sedap sangat lah kfc tu. Rasa ketiak bangla yang masak tu je aku agak. Mombazir yo. Biarlah, duit kau orang. Kalau excess, aq jugak yang kebas. HEHE. Aku macam biasa, jadi cashier drive-thru. Kalau ada membe2 datang order air, dapat la 1 2 snack plate free.
Bosan tak ada costumer, tiba2 samsul aku berbunyi menjerit2 lagu daripada Asking Alexandria menandakan ada seseorang menunggu di sebelah talian talifon mengharapkan suara jamal abdillah aku menjawab. OH! Baru aku teringat, kawan aku dari kampung nak datang ke Kuala Lumpur yang katanya maju ni. Alhamdullilah aku dengar berita dia diterima untuk interview untuk menyambung pelajaran. Maklumlah, dia bukan pandai sangat. Dekat alam fana ini, aku saja yang pandai. Ye! Kamu para pembaca pun bengap juga.
Katanya, dia sedang mencari jalan ke kfc aku bersama2 kawan2 sekampung aku yang juga menuntut ilmu, kononnya, di Kuala Lumpur ini. Setelah menjanjikan makan free, maka bersemangat lah perut2 biawak itu datang ke tempat kerja aku. Bukan selalu dapat makan kfc bagi pelajar ini, ye dak? Lagi2 free. Aku ini lain. Tekak dah geli dengan ayam kfc. Mkn kfc ini mcm makan nasi la bagi aku. Hari2 aku makan kfc tau. Ingat aku tak ada duit? HAHA
Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju tidur dirumah kawan aku. Lepak2! Padahal badan aku sudah penat. Petang main bola untuk kfc lagi. Sambung kerja lagi. Lepak rumah member aku pun main bola lagi. Tapi game la. Jangan tanya menang kalah. Kalau kalah, potong yang dalam seluar ini. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.
Tup tup. Esoknya kami lepak mamak rashid bawah flat rumah member aku. Perut lapar. Tapi aku tak makan! Jatuh la standard aku. Hari2 mkn kfc, tiba2 makan mamak. Please lah ok? Aku makan roti banjir saja. Jadi lah alas perut. Petang kang kerja, makan free lagi. Memang untung kerja kfc, makan tanggung berak cangkung. Tapi biasanya aku tak berak. Tak ada selera dengan tandas kfc. Bau macam binatang!
Habis makan, kami berbual2 cerita lama. Pasal sekolah, pasal interview, pasal illuminati serta aku punya pasal la nak borak ape. Tiba2 member aku mengujarkan soalan begini :
"Mal, dulu cane r ko bole masuk asrama penuh" .Ujarnya sengih2 macam biasa.
"Entah. Dulu lepas upsr kan aku masuk maahad. Tau2 aku dapat tawaran mrsm bp tu. Aku agak bapak aku buat permohonan. Aku pun tak tau bile dia mintak". Jawab aku bersungguh2.
"HAHA. Terer betul kau eh mal dapat masuk asrama penuh". Betul2 dia bantai gelak sampai ane yang tengah garu celah kangkang sebelum buat roti canai terperanjat.
Aku pun terpingga2. Apa kejadah yang lawaknya? Yang sekor ni memang suka kenakan orang gunakan ayat2 dia.
"Yelah. Asrama penuh. Asrama dah penuh pun kau boleh masuk eh mal? Kau tidur kat mana? HAHA". Dia sambung gelak sambil aku terus mencarut dan memaki hamun akibat terasa terkena.
Hampeh kau setan!.
p/s Banyak ayat dia kenakan orang yang aku suka! HEHE
April 18, 2010
Asrama Penuh
April 16, 2010
Kisah Si Polan dan Signboardnya
April 6, 2010
7 jika dan bagaimana untuk mengatasinya 1
- Jika anda diketawakan rakan2 kerana tidur dikelas sehingga keluar air liur basi, jangan panik atau malu. Terus bangun (tetapi buat muka orang gila), buat2 kena sawan dan sembur air liur dekat muka diaorang. Kompen rakan2 anda tidak gelakkan anda lagi.
- Jika anda tersalah tegur orang yang tidak dikenali, jangan mohon maaf dan chow dengan muka merah. Teruskan perbualan dan buat2 kenal dengan orang tersebut walaupun dia terpingga-pingga. Hulurkan not RM50 kepadanya seperti anda berhutang kepada 'rakan' anda itu. Kompen dia mengaku anda kawannya.
- Jika anda ditegur orang kerana zip seluar anda terbuka, jangan tutupkannya. Biarkannya sambil lagak seperti ia adalah trend terkini. Jikalau zip tersebut rosak, anda perlu berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!".
- Jika anda bercakap seorang diri kerana kawan anda tertinggal dibelakang, rilek. Teruskan bermonolog luaran seorang diri sambil memaki dan menyumpah kawan anda kuat2. Pasti orang takut hendak tegur anda kerana anda mempunyai masalah otak yang kritikal.
- Jika anda termasuk tandas wanita, buat muka gelabah dan secemas mungkin. Ini dapat menghindari fitnah dan jeritan dari wanita2 di dalam tandas itu. Dengan syarat anda mestilah menyatakan bahawa anda sedang mencari isteri atau awek anda yang sudah lima hari tak keluar2.
- Jika anda terkentut dengan kuat dan lantang semasa peperiksaan dijalankan di dalam sebuah dewan yang besar, jangan takut! Apa yang anda harus lakukan adalah angkat kepala dan lihat sekeliling lagak seperti anda mencari punca bunyi tersebut. Kemudian cakaplah "Kacau saja" sambil mengeleng kepala.
- Jika anda ditegur kawan kerana memakai baju yang bertompok semasa di pusat beli-belah, ape yang perlu anda lakukan hanyalah gerakkan lidah anda untuk berkata "KL bro!". Pasti kawan2 anda percaya bahawa itu adalah fesyen terbaru remaja2 di KL. *true story*
Korang cakap aku bodoh kite lihat sape bodoh.
Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?
If Peter Piper Picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?
She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore,
I'm sure she sells seashore shells.
Red lorry, yellow lorry. (4x)
Which wristwatches are Swiss wristwatches?
How much wood would a woodchuck chuck
If a woodchuck could chuck wood?
He would chuck, he would, as much as he could,
And chuck as much as a woodchuck would
If a woodchuck could chuck wood.
Betty Botter had some butter,
"But," she said, "this butter's bitter.
If I bake this bitter butter,
It would make my batter bitter.
But a bit of better butter,
That would make my batter better.
"So she bought a bit of butter –
Better than her bitter butter –
And she baked it in her batter;
And the batter was not bitter.
So 'twas better Betty Botter
Bought a bit of better butter.
toodles,
April 4, 2010
Tribute to Asraf Mat Pauzi
Bukan! Bukan malas yang menjadikan seseorang tu tidak berjaya dalam hidup. Tapi dalam kes aku, jadi kurang pandai. Mungkin betul mastika kata melayu bakal pupus 50 tahun lagi sebab malas. Mungkin betul bangsa melayu yang semakin me'layu' ini tidak boleh dipisahkan dari sifat malas. Tapi nasib baik aku separuh jawe separuh melayu. Kira pan-asia la aku ni (lantak la kalau korang nak panggil aku yang dalam kain tu).
April 1, 2010
Ashtray
Post kali ini aku nak cerita betapa buruknya perangai perokok-perokok yang aku kenali dekat cfs ini. Macam-macam perokok perangai ade. Yang kuat pau rokok membe, yang mula-mula pasangkan rokok orang (sekarang da perokok tegar nampaknye), yang kepala tintong isap rokok, yang sembur asap ikut celah gigi pun ade. Ish2. Buruk perangai mengalahkan beruk. Tapi bukan nak cerita keburukan hisap rokok mahupun muke penghisap rokok ni, tapi gua nak cerita pasal ashtray (entah betul ke tidak eja).