BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

April 18, 2010

Asrama Penuh

Hari tu aku kerja macam biasa lah. Penat. Ramai mat salleh kacuk order ayam kfc. Macam sedap sangat lah kfc tu. Rasa ketiak bangla yang masak tu je aku agak. Mombazir yo. Biarlah, duit kau orang. Kalau excess, aq jugak yang kebas. HEHE. Aku macam biasa, jadi cashier drive-thru. Kalau ada membe2 datang order air, dapat la 1 2 snack plate free.

Bosan tak ada costumer, tiba2 samsul aku berbunyi menjerit2 lagu daripada Asking Alexandria menandakan ada seseorang menunggu di sebelah talian talifon mengharapkan suara jamal abdillah aku menjawab. OH! Baru aku teringat, kawan aku dari kampung nak datang ke Kuala Lumpur yang katanya maju ni. Alhamdullilah aku dengar berita dia diterima untuk interview untuk menyambung pelajaran. Maklumlah, dia bukan pandai sangat. Dekat alam fana ini, aku saja yang pandai. Ye! Kamu para pembaca pun bengap juga.

Katanya, dia sedang mencari jalan ke kfc aku bersama2 kawan2 sekampung aku yang juga menuntut ilmu, kononnya, di Kuala Lumpur ini. Setelah menjanjikan makan free, maka bersemangat lah perut2 biawak itu datang ke tempat kerja aku. Bukan selalu dapat makan kfc bagi pelajar ini, ye dak? Lagi2 free. Aku ini lain. Tekak dah geli dengan ayam kfc. Mkn kfc ini mcm makan nasi la bagi aku. Hari2 aku makan kfc tau. Ingat aku tak ada duit? HAHA

Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju tidur dirumah kawan aku. Lepak2! Padahal badan aku sudah penat. Petang main bola untuk kfc lagi. Sambung kerja lagi. Lepak rumah member aku pun main bola lagi. Tapi game la. Jangan tanya menang kalah. Kalau kalah, potong yang dalam seluar ini. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Tup tup. Esoknya kami lepak mamak rashid bawah flat rumah member aku. Perut lapar. Tapi aku tak makan! Jatuh la standard aku. Hari2 mkn kfc, tiba2 makan mamak. Please lah ok? Aku makan roti banjir saja. Jadi lah alas perut. Petang kang kerja, makan free lagi. Memang untung kerja kfc, makan tanggung berak cangkung. Tapi biasanya aku tak berak. Tak ada selera dengan tandas kfc. Bau macam binatang!

Habis makan, kami berbual2 cerita lama. Pasal sekolah, pasal interview, pasal illuminati serta aku punya pasal la nak borak ape. Tiba2 member aku mengujarkan soalan begini :

"Mal, dulu cane r ko bole masuk asrama penuh" .Ujarnya sengih2 macam biasa.

"Entah. Dulu lepas upsr kan aku masuk maahad. Tau2 aku dapat tawaran mrsm bp tu. Aku agak bapak aku buat permohonan. Aku pun tak tau bile dia mintak". Jawab aku bersungguh2.
"HAHA. Terer betul kau eh mal dapat masuk asrama penuh". Betul2 dia bantai gelak sampai ane yang tengah garu celah kangkang sebelum buat roti canai terperanjat.

Aku pun terpingga2. Apa kejadah yang lawaknya? Yang sekor ni memang suka kenakan orang gunakan ayat2 dia.

"Yelah. Asrama penuh. Asrama dah penuh pun kau boleh masuk eh mal? Kau tidur kat mana? HAHA". Dia sambung gelak sambil aku terus mencarut dan memaki hamun akibat terasa terkena.
Hampeh kau setan!.

p/s Banyak ayat dia kenakan orang yang aku suka! HEHE

4 Laungan:

+intan+ said...

bongek,same2 sengal
ko keje kfc kt ne? tgh cuti eh?

decadence said...

tak lah. part time. dekat dengan um tuh.. hehe nk mkn free dtg la.hihi

+intan+ said...

aku sbnrnye tnye sbb aku nk dtg nk jmpe nko,lgpun aku nk bejalan2..
tpi kan, mkn free pon ok gak! muahahhaa

decadence said...

haha. maka datang saja lah!haha