BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

April 6, 2010

7 jika dan bagaimana untuk mengatasinya 1

  1. Jika anda diketawakan rakan2 kerana tidur dikelas sehingga keluar air liur basi, jangan panik atau malu. Terus bangun (tetapi buat muka orang gila), buat2 kena sawan dan sembur air liur dekat muka diaorang. Kompen rakan2 anda tidak gelakkan anda lagi.
  2. Jika anda tersalah tegur orang yang tidak dikenali, jangan mohon maaf dan chow dengan muka merah. Teruskan perbualan dan buat2 kenal dengan orang tersebut walaupun dia terpingga-pingga. Hulurkan not RM50 kepadanya seperti anda berhutang kepada 'rakan' anda itu. Kompen dia mengaku anda kawannya.
  3. Jika anda ditegur orang kerana zip seluar anda terbuka, jangan tutupkannya. Biarkannya sambil lagak seperti ia adalah trend terkini. Jikalau zip tersebut rosak, anda perlu berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!".
  4. Jika anda bercakap seorang diri kerana kawan anda tertinggal dibelakang, rilek. Teruskan bermonolog luaran seorang diri sambil memaki dan menyumpah kawan anda kuat2. Pasti orang takut hendak tegur anda kerana anda mempunyai masalah otak yang kritikal.
  5. Jika anda termasuk tandas wanita, buat muka gelabah dan secemas mungkin. Ini dapat menghindari fitnah dan jeritan dari wanita2 di dalam tandas itu. Dengan syarat anda mestilah menyatakan bahawa anda sedang mencari isteri atau awek anda yang sudah lima hari tak keluar2.
  6. Jika anda terkentut dengan kuat dan lantang semasa peperiksaan dijalankan di dalam sebuah dewan yang besar, jangan takut! Apa yang anda harus lakukan adalah angkat kepala dan lihat sekeliling lagak seperti anda mencari punca bunyi tersebut. Kemudian cakaplah "Kacau saja" sambil mengeleng kepala.
  7. Jika anda ditegur kawan kerana memakai baju yang bertompok semasa di pusat beli-belah, ape yang perlu anda lakukan hanyalah gerakkan lidah anda untuk berkata "KL bro!". Pasti kawan2 anda percaya bahawa itu adalah fesyen terbaru remaja2 di KL. *true story*
p/s Selamat mencube! =)

3 Laungan:

Syanaz Lee said...

sengaalll!!! nombor 6 tkleh bla!
tpi cool kot sume,hahahahaha

decadence said...

haha. nnt aq karang lagi. aku bnyk idea ni.haha

muiz said...

no 7..benarrr kata2 anda