BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

February 19, 2010

Kuang ajo punya budak!

Memang sejak azali lagi otak aku bukan dilahirkan untuk ilmu hisab. Saya ulang BUKAN. Hisap rokok bole la. Atas sebab ape aku memilih engineering yang seperti nasi berlaukkan ilmu hisab, tidak dapat dipikirkan. Selepas mengetahui liku2 engineering ni barulah aku sedari kebangangan aku terhadap math. Boleh kata musuh ketatlah. Ketat macam chelsea dengan man utd. Ketat macam seluar yankee rockers. Ketat macam anak dara.


Tapi bukanlah aku nak cerita pasal kepayahan math atau tindakan Syarikat Pearson mengeluarkan buku calculus seberat anak tenuk, tapi nak meriwayatkan tahap kekurang ajoan seorang member aku dekat cfs ni. Jika dibandingkan pointer aku dengan dia, memang pandai kitorang jika dikomparekan dengan kanak2 tadika kemas. Kalau exam bukan kate atas pagar, bawah pagar je. Kadang-kadang ke liang lahad terus.

Exam mid sem aritu, org blaja. Aku tido. Orang tido. Aku tido. Memang lah jadi bangang macam lembu. Tapi tak ape, aku ade alasan aku sendiri. "Aku kan genius. Buat ape belajar. Belajar untuk orang bodoh je". Kan? Tapi tengok result, ternyata aku memang kurang pandai. Membe gua sume menyesal tak dapat A, gua rilek je muke walaupun fail. Aku tanya membe aku sorang (serius muke cam sys), katanya rendah je. Sikit lagi nak A. Lancau belagak! Aku dapat 13 je. Macam numbor jersi aku kat jasin. Banyak la 2. Tapi apasal fail? Dunia memang dengki dengan aku.

Pejam celik, pejam celik, pejam tak bukak-bukak, dah final. Math exam hari last sekali sebelum cuti untuk sambung tido di rumah. Gua pun pening kepala macam mane nak lulus dengan carry mark ciput macam kentut lepas berak. Gua ape lagi, steragel la. Tup-tup abis, nak balik dah. Lepak bilik. Kemas barang, abiskan stok makanan, stok rokok (kalau tak kne pelangkung kat umah), lepak ngan membe. Nak bukak cite, membe gua ni datang. Tersengih-sengih tengok aku macam laki baru malam pertama. Maka terjadilah dialog dan maki-makian seperti biasa.

"Mal, cane math?" terpancul soalan bangang dari kawan aku yang bangang macam soalannya.

"Bole la. Tapi susah sial". Aku kata, geleng kepala.

"Beselah..." keluar lagi ayat yang biasa aku dengar dari mulut busuk dia
" kau bukan tak pandai mal, ko bodoh je". Berseloroh dengan aku, macam kongkang dah aku tengok dia gelak.

"Alah ko tole (nama pangilan dia), ko lagi la kompom tak bole. Otak ko tu kosong." Aku lawan.
Tak kan diam je. Tak jantan la.

Dia sengih je, cuba keluarkan samting dari beg galas dia. Rase nak bagi makan tapak kasut aku je tengok dia sengih.

"Nah mal, simpan ni". kata dia sambil hulur sekebat kertas dekat aku.

"Mende ni?".

"Nota math 3 aku, ko kan nak guna lagi sem depan." Aku dengan dia bantai gelak (lagi elok dari aku bantai dia). Haha.

"Kong ajo ko. Ko pun mid sem 11 je!" Gelak lagi.

Kan kawan-kawan? Macam celaka kan perangai beliau? Tapi alhamdulliah la. 2 2 lepas final walaupun tak secemerlang Amalina tu. Tak pe la. Amalina tak bole tido, enjoy macam aku. Padan muke.

p/s : kepada syarikat-syarikat engineering, jangan la amek aku keje. Runtuh lagi bangunan-
bangunan kat malaysia ni kang. Lagi elok ban terus membe aku tu. Tak ble harap. 1+1 pun
pening.

February 18, 2010

Malu bertanya berjalan-jalan 2


Atas ketidakpuashatian aku terhadap bangsar, maka tersuratlah kisah 'Malu bertanya berjalan-jalan 2'.Bangsar memang bangsat. Suka menyesatkan anak-anak adam yang putih suci macam aku ni. Tapi dalam kes ni, anak Jonaini.

Hari tu, duit tak dak apa tak dak. Pening kepala pikir, eloklah henpon aku menjerit-jerit lagu dari The devil wears prada menandakan henfon aku mengandungkan mesej. Apekejadah mesej2 ni? Duit nak makan pun haram, apetah lagi nak nopap. Lepas mentelaah ape isi kandungan mesej, hati ini pun berbunga-bunga. Ni lah satu best kat kl ni, kalau tak ade duit, ade je makcik yang memahami.

"Hye L, buat ape? lame tak dengar khabar? Duit ade x? Cik anie baru gaji ni? hehe" dia gelak sinis. Aku senyum sampai telinga.

Lepas plan sume2, maka bermulalah misi ke mid valley petang esoknya. Berbekalkan duit not hijau sekeping, duit lama sepuluh ringgit (memang aku simpan untuk mase2 imergensi) dan rokok june sebatang, aku pun merancang bertolak sorang2. Ade la jugak aku menghulurkan invitasi dekat bali, haziq dengan muiz. Takut dibilang "tak ajak!". Malang ke tidak, diorang menolak dengan "peh,keluar ngan awek ade duit", "takraw" dan "tak ajak". Hampeh.

Mengikut plan aku, memang sempurnalah rancangan brilian aku, sepatutnya. Hari tu langit tak tahan pulak nak kencing. Hujan sampai ke petang. Hujan+perut lapar=tido. Maka tidurlah sang rupawan hingga ke sore. Celik2 bijik mata aku yang ditarik sedikit nikmatnya, pukul 6 petang. Sial. Lambat dah ni. Janji pukul 4. Nasib baik lah aku sedar dalam ic aku tercatat "melayu". Janji melayu kan?

Dengan lagak Frank Lampard berseluar jean bertishet, aku atur perjalanan. Macam biasa, cfs ni memang serupa itu Prison Break. Cara senang tak nak disoal pak cik pian, panjatlah tembok. Mengambilkira kelicinan selepas hujan, aku hati2 panjat tembok penjara tu. Maklumlah, sebelum ni ade budak pecah kepala. Jatuh. Tinggi maa~ Lagipun pakgad makgad mempunyai cara bijak menghalang banduan2nya terlepas. Dibubuh cat, dibubuh minyak, dipotong pokok. dibubuh kaca, dibubuh dawai malah dibubuh dengan usus2 ayam. Engineerkan? Bukan masalah besar.

Kereta kuda tak ada, unta tak ada, naik bas lah. Bas rapidKl u85. Ni lagi satu aku tak puas hati dengan kl ni. Nama rapidKl. Ape kebende yang rapidnye? Naik beku lutut nunggu. 1 jam setengah! Kalau mamak tebar roti, dah ade bulu ketiak dia gugur dah kat roti tu! Patutlah orang kl suke lepak mamak. Berbalik kepada bas stupidsiputKl td, aku tengok dah 3 bas metro lalu dah. Memang stupidsiputKl. Terkenang pulak Muar Motor Bus yang lagi terbaek.

Langit memang betul2 memahami. Tau2 aku tengah panas, kencing kat kepala aku. Sejuk sikit. Aku tengok bangla kilang dah melintas ramai2 menghala tempat aku tunggu bas. Ramai. Macam 1 bangladesh pindah Kl ni. Lepak pulak keliling aku berpayungkan kotak. Kalau awek nampak ni, jatuh saham bhai. Naseb baik muke aku macam mamat jepun, kalau tak memang jadi samaran sempurna untuk mengelak dikesan pakgad.

Hujan mencurah2 atas kepala. Aku tetap selamba. Cover dan bergaya. Bas bongok tak sampai2 jugak. Satu2 kereta teksi moto lalu sinis mengundang kemarahan. Aku tahan. Hish. Aku tenung2 ke jalanraya, ade bas metro. Memandangkan hujan dah macam orang cirit birit, aku hentamkan naik jugak. Walaupun tahu tak kan sampai ke mid. Walaupun tahu duit not hijau aku tu tak sebanyak mane. Mamposlah. Aku monolog dalaman walaupun aku tahu yang bakal mampos adalah aku.

Seperti biasa Kuala Lumpur. Tak ada gunalah memiliki lamborghini mahupun maserati, kalau dekat jalanraya berguling pun boleh memintas kerete2 berjenama sebegitu. Jalan jam macam semut hurung najis. Sejuk2 dalam aircond, kepala pening nak turun kat mana lepas ni. Rasanya stesen u (stesen lrt) boleh membimbing aku ke mid. Agaknya. Nasib baik lah ade 'panadol' seksi masuk, duduk sebelah aku. Hilang sikit pening mata aku. Ade 'eyemo' cuci mata. Patutlah rabun.

Stesen u. Duit berbaki 2.50. Jalan sikit bayar mahal. Cekik duit sungguh. Aku keluarkan Samsul aku nak talipon bali. Tutt tutt. Mane la bali ni. Baru saja nak maki dia, tiba2 hasrat bertukar. Lahanat punye stupidsiputKl, aku nak naik, ko tak nak sampai, rupe2nye belakang aku kau tonjol! haih. Tanye pendapat usher pulak. Atas nasihat dia, naik lah aku lrt menheading ke bangsar. Katenye dekat saja dengan mid. Betul jugak. Aku jalan kaki pun sampai.hehe

Tak ramai orang dalam lrt. Pandang kebawah. Aku kenal jalan ni! Simpang bercabang dua; kiri dan kanan. Jalan sesat! Sial lah. Baik turun sini, boleh aku membalas dendam atas kebodohan aku sebelum ni. Selepas konsider lrt tak boleh berhenti tengah2 track dan track juga nampak lebih tinggi dari tembok cfs, aku batalkan hasrat. To Bangsar!

Bangsar. Ramai orang jugak. Same je macam bangla tadi. Usher kata naik bus dari bangsar ke mid. Tak tau nak naik bas ape. Kang aku bedal lagi, sampai bentong pulak! Malu bertanya berjalan-jalan. Duit pun tinggal 1.30sen. Kalau tak cukup kang, tak kan nak gadai teruna aku. Waktu tu pun dah agak lewat. 7.30 agaknya. Nak tengok jam bayang2 ditangan pun dah tak ada bayang, memandangkan baru lepas hujan. Ape mau buat, cara zaman batu lah. Aku berjalan mengikut instinct aku lah. Aku yakin kat instinct aku lah. Tak sesat punya lah.

Langkahan kaki sudah semakin melalut. Panduan? Aku nampak puncak Hotel Garden sebelah mid, aku ikut. Memang terer aku ni. Macam orang dulu2 ikut arah bintang. Memang layak jadi engineer. Betul lah ni. Aku tenung lama2 signboard 'mid valley city' atas jejambat tu. Betul lah. Jalan lagi. Susah betul kl ni. Bape banyak jejambat ko nak buat. Ingat paling bawah, ade lg bawah. Ingat paling atas, ade lagi atas. Ko tengok muo. Letak 1 jejambat je. Kan senang?. Jalan lagi. Lagi dan lagi.

Memang menyirap darah. Kereta lalu, air lecak menyimbah. Semua tak puas hati dengan aku. Laju je semua. Kepala menara garden dah hilang dari pandangan. Tinggal harapan. Tak lupe instinct aku. Alamat selamat lah aku. Sape suruh cakap mampos awal2 tadi. Jalan lagi. Depan sikit, jalan jam. Terkekeh-kekeh aku gelakkan kereta yang langgar lecak dekat aku tadi. Bodoh, beli kereta mahal2 unta pun boleh potong. Syukur alhamdulillah, mid dah dekat da. Ni mesti berkat aku terlepas maghrib ni. Memang malas aku keluar jalan2 ni. Kapir lahanat.

Ketiak dah macam longkang, sampai depan pintu mid. Hembus nafas lega bebas nikotin sekejap. Aku nak selesaikan misi aku cepat2. Jumpa makcik aku, bual2, pau, beli rokok, makan asskrim mekdi, balik.....


p/s Bas dari setesen lrt bangsar ke mid adalah free. Lahanat.

February 15, 2010

Malu bertanya berjalan-jalan 1


Betul lah kate orang tua2, malu bertanya sesat jalan. Cerita nak cerita berlaku mase aku mula2 berjinak-jinak dengan kl ni. Yelah, bangang lagi dengan kawasan2 dekat sini. Tambah2 lagi henpon 3310 aku mase tu belum masuk software gps lagi.

Mase 1st sem dekat cfs ni, ape pun xtau. Naik lrt pun tinggal je tiket lepas masukkan. Atas kecerdikan aku, tau la aku cover dengan "Alah, aku tau la" walhal orang2 sekeliling ade yang tersenyum kambing dah. Ade jugak yang senyum kambing rupe macam babi senyum. Tapi kali ini aku nak cerita pasal pengalaman aku jalan kaki ke Bangsar. Memang bangsat la pengalaman ke Bangsar. Lebih2 lagi dengan kawan bangang. Haha

Pagi2 aku dah bangun, mandi. Basuh ketiak. Hari tu ade misi. Nak cari bank Islam ke, bank Muapalat ke. Mane2 pun boleh. Kene bank-in sikit dekat saham. Biasalah bisnesman katekan. Ketuk bilik jegel (bukan name sebenar), kejut dia. Pendek cerita, sampai dah Lembah Tengah.

Jenuh kaki berjalan. Lutut pun dah tercabut rasanya. Gugur bulu kaki. Batang idung bank muamalat dengan bank islam tak nampak pun. Baru cari batang hidung, belum cari batang lain lagi tak nampak. Bodo betul mid ni. Tak islamik sungguh! Patut lah tandas lagi gabak dari musollah. Aku ajak jegel keluar. Mane tau ade. Jegel pak turut dengan mengangkut laptop, dah macam kura2 aku tengok. Haha.

"Bro, mane nak cari bank islam?" Aku tanya polis tu. Polis mid, jage trafik.

"Aku rase kat bangsar ade kot" Jawab brader tu selamba macam dia tau semua seperti gps.

Jeling kat jegel. Tanya dia, bangsar kat mane. Dia angkat bahu je. Baguslah. Same2 tolol.

"Bangsar kat mane eh?" Tanjung Ketapang kat muo tu tau la aku.

"Sane tu. Jalan kaki je. Sebatang rokok sampai" Dia tunjuk arah timur laut. Agaknye.

Lepas bagi kasih dekat brader tu, aku ajak jegel ke arah yang brader tu tonjolkan. Jegel pun tonjol. Atas nasihat bernas brader tu, kitorang pun jalan kaki ke bangsar, konon2nye. Dah macam unta dah rase. Naseb baik mase tu aku dengan jegel bukan perokok. Kalau tak, semua pemandu dekat jalan tu hilang fokus pemanduan. Mane taknye, unta ngan kura2 berasap wingston tepi jalanraya.

Entah lorong ape aku msuk, bedal lah labu. Sampai kawasan flat. Jalan lagi. Sampai jalan bersimpang kiri kanan. Tak ade sign board. Pelik jugak aku. Setahu aku kl ni kalau boleh atas jalan pun dorang bubuh signboard. Kiri kanan? Jegel kate, ikut aku. Ni lah perangai aku. Kalau jalan pakai bedal je. Memandangkan aku berhaluan kiri, ikut kiri lah.

Lenguh jalan. Mane bangsar ni? Bangsat punye brader polis. Kate sebatang rokok, ni dah sekatun. Aku agak kalau kawin, anak dah lapan ni. Jalan je jegel kate penuh motivasi. Jalan punya jalan, sampai setinggan. Punya banyak duit rakyat kene kikis, ade lagi setinggan kat kl ni. Maju lagi muo. Atas kekurangan adrenaline keberanian, takut diculik dan dirogol (aku la bukan jegel, sape nak rogol dia), ikut kiri lagi. Sampai construction site pulak. Ape kejadah.

Memandangkan kesian tengok jegel menonong bawak laptop dalam bag, dah macam cengkerang labi-labi, aku ajak dia patah balik ke setinggan. Kene rogol pun kene lah. Kurang2 ade pengalaman. Setinggan. Elok pulak lalu sini. Ingat ade canibal ke rimau ke. Rumah macam reban ayam, kereta mercedes, bmw. Evo pun ade. Ni mesti tak bayar cukai. Hampeh.

Penat jalan macam orang bodoh (bukan aku, jegel), sampai kerinchi. Babi ape. Bukan kerinchi ni area2 cfs aku ke? KATE SEBATANG ROKOK! Rokok ape brader tadi isap? Kalau betul pun sebatang rokok, aku rase rokok tak dipasang kan api ni. Sialan. Sebab lutut dah tak dapat dikesan kewujudannye, bedal naik bas. Aku agak kalau ajak bulu ni, lutut dia dah pusing terbalik dah. Haha.

Atas dasar keunikan menara tm, kitorang turun kat situ. Jalan lagi. Jegel macam nak tercabut dah mata dia aku tengok. Tanya akak tu jom, macam cun je. Lagi nak tercabut mata jegel aku tengok tengok lengok bontot akak tu. Harap2 boleh harap.

"Akak rase dalam menara tm tu ade bank diposit bank islam" cover ayu.

"Terima kasih kak" ushar jegel cube mengenyitkan mata.

Jalan.

Nasib baik ade. Kalau tak ade, memang aku paksa akak tu hisap rokok. Selesai sudah misi mudah aku. Tapi mane bangsar bangsat? Cari dalam google map pun pening kepala laptop. Balik cerita kat membe2 memang mengundang kutukan lah. Cair taik telinga kne kutuk. Lepas ditelaah, baru aku tau bangsar memang sebatang rokok dari mid valley. Betullag kata orang tua2, ikut jalan yang benar. Mane nak tau benar tak? Bukan ade signboard benar.

Nasihat aku, kalau nak berjalan ikut kanan. Kalaulah aku belok kanan dekat simpang mula2 aku jumpe tu, bukan kate bangsar, bangsat pun aku jumpa! Lagi satu, jangan lah ajak aku kalau tak tahu jalan. Alamat sesat lah korang.

Sampai sekarang aku tak puas hati dengan bangsar.


p/s Terima kasih jegel.

February 14, 2010

Terima Kasih



Ikutkan kalender yahudi, 11 februari adalah tarikh aku mula2 tarik nafas kat dunia ni.
Setiap tahun ade 11 februari.
Maknenya setiap tahun la aku lahir.
Masa untuk ditorture.

Terima kasih kepada insan2 yang tetap ingat dan sanggup sambut hari kewujudan aku.
Sanggup baling tepung kat kepala aku ni.
Sanggup hempap aku yang kekurangan berat dan ketinggian.

Tapi aku tak tunggu tarikh aku lahir.
Aku nantikan tarikh aku lenyap.
Harap2 aku dah sedia. Cukup bekalan.
Cukup sedia untuk tarikh tu,.

Harap2 ade orang datang kebumikan aku.
Mandikan dan putihkapankan aku macam aku dimandikan tepung.
Dibacakan yassin macam nyanyian Happy Birthday.
Dihurung ke lubang sempit macam dikejar untuk dibogelkan.





Terima Kasih

February 8, 2010

Raja Lawak

Hari tu. Sabtu malam ahad.

Mase man utd menang gol naseb.

*ceh*

Malam tu aku lepak dengan membe2 aku, membe same tempat lahir, sekolah rendah, main bola malah jual putu bambu. Muo. Ely yang plan sume2. Dia kutip aku kat penjara aku ni. Rajin gile. Lame tak sampul kunyit kot. Haha.

Aku layan je~

Plannye nak main futsal. Layan jugak. Pendekkan cerita, esok malamnya kitorang plan nak lepak uptown Shah Alam. Layan. Lepas kutip si anep dekat warung gatal Cheras, gerak. Aku jadi co-driver lah macam biasa. Biasa bawak kerete 2 tayar je.

Bagus jugak jadi co-driver ni. Dapat belajar jalan2 kt kl ni sambil menikmati winston. Oh! Bukan jauh sangat Cheras ngan Shah Alam. Mane taknye, kerete Viva ely pun sempat berembat dengan Ferrari Scuderia. Kalau lah jauh jarak Cheras dengan Shah Alam, kompom la dapat cium spoiler Ferrari keling bawak tu. *Hampeh*

Sesampai je, lapar. Ingat nak lepak warung Rossa (awek ambik order tu muke macam rossa), ramai pulak. Lagilah nak tunggu si Umai berbual tu. Kalau berbual, memang dia la menang. Toleh kiri, toleh belakang, ade la warung tepi tu kosong. Bedallah! Janji ade tb bole tengok bola.

"Makan ape bang?" kate awek tu sambil jeling2.

"Nasi goreng pataya 1, nasi goreng cendawan 1, usa 1"

Lima jam lepas tu sampai lah order. Lame sial. Aku rase kalau kapel, da 20 anak haram da dapat! Kalau beli spender, da lusuh dah.

*ni baru nak cite ni* lol

Aku makan dengan lahap tahap cipan jumpe sarang semut. Lapar kan. Aku tengok nasi dorang baru luak suku. Aku da tiga suku. Amboi! Rase macam israel mendominasi timur tengah pulak pelahapnye aku ni. Sedap2 mencekik, baru aku perasan. Da 3 suku aku bedal NASI GORENG CENDAWAN ni, baru DUA helai cendawan je aku kunyah.

"Nasi goreng cendawan ape! Ni baru 2 cendawan aku makan. Baik aku makan cendawan sendiri" Aku mengomplain.

"Aku nasi goreng usa, bendera pun tak de!" ujar anep kononnye nak berseloroh. Ely buat selamba.

"Ok la tu. Aku order nasi goreng pataya, satu TAYAR pun tak de." sambil mencekik.

haha.lol
Sialan lu ely! Nasib baik rehearsal raja lawak kat uptown Shah Alam tu cancel. Kalau tak Din Beramboi pun tergugat.

February 2, 2010

Parental Advisory!

Why Malaysian goverment insists on using English for math and science?




This is because the whole world uses English as information and technology language. Furthermore, how dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below :

Hardware = Barangkeras

Software = Baranglembut

Joystick = Batanggembira

Plug and play = Cucuk dan main

Port = Lubang

Server = Pelayan

Clients = Pelanggan

Try to translate this sentence :

That server gives a plug and play service to the client using either software or hardware joystick. The joystick goes into the port of the client.

In Bahasa :

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main menggunakan batang gembira jenis keras ataupun jenis lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan kedalam lubang pelanggan..

Now u know why...

*ceh*