BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

April 4, 2010

Tribute to Asraf Mat Pauzi

Bukan! Bukan malas yang menjadikan seseorang tu tidak berjaya dalam hidup. Tapi dalam kes aku, jadi kurang pandai. Mungkin betul mastika kata melayu bakal pupus 50 tahun lagi sebab malas. Mungkin betul bangsa melayu yang semakin me'layu' ini tidak boleh dipisahkan dari sifat malas. Tapi nasib baik aku separuh jawe separuh melayu. Kira pan-asia la aku ni (lantak la kalau korang nak panggil aku yang dalam kain tu).


*gelak*

Pada pendapat aku bukan malas yang menjadikan aku kurang malas, tapi lebih kepada pengaruh rakan-rakan. Itu pasal la aku short sem lagi dekat uia ni walhal kawan-kawan aku tido dekat rumah kumpul taik mata. Tapi pemalas aku ni, nauzubillah. Kawan-kawan aku ade jugak yang tak berapa nak cemerlang, mungkin sebab berjangkit aku punye pemalas tahap ular sawa bedal seekor cipan. Tapi ade jugak yang tak terpengaruh dengan kemalasan aku, mungkin tahap dia setarap dengan aku.

Mane tidak, kalau pagi-pagi bangun bukak mata (kelas pagi) aku tengok seko ni masih terbongkang atas katil dia. Kalau dikejut katanya 5 minit, alamat tunjuk jari tengah je la. Bertambah malas la aku nak ke kelas. Celik mata je, pukul 2 3 petang. Kadang-kadang kalau tak ade orang kejut, boleh jadi 5 hari aku dengan dia berdengkur. Jadi attendance list mesti nama aku dengan dia yang lopong. Esok madam tanya, sengih macam kerang busuk dua-dua ekor. Tapi dia lagi huduh la. Aku kan pan-asia.

Sejak sem ketiga aku dah kenal dengan mamat ni. Aku kenal dia pun sebab lepak dengan arip tulang (masa tu baru masuk cfs). Peramah jugak mangkuk ayun ni. Takut jugak nak layan mana la tau gay. Badan aku kan mantap. *Hihi* Tapi sebab mangkuk ni jugak, ramai aku kenal kawan-kawan kt cfs ni. Yelah, dia ni memang popular sikit kat sini. Teruna pujaan dara. Hensem (kalau jalan seiringan dengan budak2 hodoh). Lagipun dia pegang jawatan ketua sukan (senang cite) dekat cfs ni walaupun dia berperut buncit. Mane kan tidak, gadis2 undi dia jadi presiden sebab cakap dia tough. Aku malas nak komen ape la sebab korang nampak dia pakai baju. Aku ni hari-hari tengok dia pakai boxer je dekat bilik. Tekeluar-keluar kadang2. Cantik la sangat.

"Air gedegang". Itu la nama team futsal dia buat. Aku pun join gak sebagai defend. Memang mengarut la, gua main macam messi suh jadi defender. Lagi mengarut sebab mangkuk ni letak nama team. Air gedegang tu dia dapat ilham dari vending machine. Kalau masuk duit syiling, air tin jatuh, kan "gedegang" bunyinye. Iye dak? Banyak tournament dah air gedegang masuk, tapi paling babi pun naib juara. Selalunye badi kat suku akhir. Nak tau sebab ape? Sebab bebual. Cakap nak buat jersi, sampai dah keluar cfs tak ada lagi jersi. Kalau orang mati, kain kapan dah reput rasenye tunggu jersi air gedegang nak keluar.

Aku memang cukup benci hisap rokok lepas benti dulu2. Kalau nampak membe hisap rokok, aku pau pastu pijak. Memang berasap la membe tengok. Sekarang, tak payah cite. Haha. Tapi aku mula2 hisap balik rokok kat cfs ni, dengan mangku hayun seko ni la. Dia baru je nak belajar. Tapi tak nak kalah. Mula2 hisap dah kene marlboro. Terbatuk-batuk nak keluar anak tekak dia. Aku pun lebih kurang. Ish2. Tapi sekarang. Dah macam naga. Berkepul2 asap keluar ikut mulut, ikut hidung. Ade jugak celah gigi (tapi itu orang lain). Aku ni lah selalu pau rokok dia. Dia pulak taknak pau aku balik, yelah aku hisap june. Geli kot tekak dia. Banyak sangat nak cerita, tapi tak mampu. Boleh mampus nak kasi mampu.

Walaupun dia pemalas tahap binatang ternakan bernama lembu, tapi banyak sangat jasa dia kat aku. Aku susah, dia tolong. Aku tak ade duit nak makan, dia pinjamkan. Aku tak ade rokok, aku pau dia. Aku tak ade tempat nak letak barang, umah dia port. Memang banyak. Tak kan aku lupe sampai mati. Tapi memang jarang la aku dengar mangkuk ni dalam kesusahan. Biasa aku dengar dia susahkan diri, katenye banyak masalah (biasanye masalah kecik dia besarkan). Tu la masalah dia. Contohnya, kalau tensen, nak amik weed. Tak amik jugak. Tak habis2 main dota. Main hari2, kalah jugak. Tensen, esok tak pergi kelas. Bangang. Aku tolong nasihat aje la. Berguna jugak aku nasihat memandangkan aku rajin sikit je dari dia. Nampak jugak dia berazam nak berubah. Setiap sem aku dengar "aku nak berubah sem ni" dari mulut dia. Sejuk hati dengar, tapi panas hati sebab setakat dengar je tapi tak nampak pun usaha ape dia cakap tu. Ade la sikit2, tapi hangat2 tahi anjing la.

Kalu ikutkan plan, memang dia ade sama amek short sem ni. Tapi sebab tertentu, dia withdraw dari cfs ni. Dah kurang la membe gua nak ajak monteng kelas. Gua agak air gedegang pun dah tak ade lagi lepas ni. Gua dah kekurangan mangsa nak kutuk kalau man utd kalah. Tak ada la membe gua nak mengadu pasal awek (ehehe). Yang paling penting, gua dah jadi orang paling pemalas dalam bilik. Biasanya dia. Aduh. Tapi tak ape, gua doakan lu berjaya dalam hidup dan lepas hidup. Ape-ape makan minum, mintak halal (yang hutang tu nanti gua setel la). Haha Tersilap kate ke, mintak maap jugak. Biasanya memang sengaja silapkan kata, perli. Bergurau =)

*gua da tunaikan permintaan lu walaupun tak seberapa (tak ade idea)!*

p/s Ko masuk uitm tu jangan malas-malas lagi. Nanti aku bawak evo, ko bwk kete mafia lagi.
Haha

4 Laungan:

bulu said...

weyh mal stdy r btol2 dowh...
aku nk gak rse spiderman tembok uia gombak lak..asik2 tembok uia PJ jek,dh bosan r..sng sgt..
gudluck dowh stdy,cpat sket,org len sume dh masuk dgree..udah2 la tu msg awek..xkemane awek ko tu,hjung2 dia tngglkan ko gak..hahaha
kay r,stdy btol2..same goes to usher, gudluck der...

decadence said...

gua lepak. bln 7 lu blik, gua ajak masuk gua uia gombak pulak ok?cantek.

torre said...

terbaik disitu.

muiz said...

aku nmpak ayat ko tuju kat aku di situ