BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

April 16, 2010

Kisah Si Polan dan Signboardnya


Satu hari si polan sedang berjalan2 bertujuan menghilangkan bosan perasaannya. Polan berjalan tanpa hala tuju yang benar2 ditujukannya. Agaknya polan berjalan sahaja mengikut kemana langkah kakinya terbuka. Polan berjalan dengan tempo yang bersahaja sambil bersiul2 memandang sekelilingnya. Dalam hatinya dia memuji2 lanskap dan struktur komplek bangunan yang memayunginya. Dia berasa kagum dengan kemajuan yang telah dikecapi masyarakat sekelilingnya. Penuh dengan ilmu, tamadun dan kebijaksanaan. Sambil memuji, polan meneruskan langkah.

Memang patut polan banggak masyarakat sekelilingnya. Hidup aman harmoni dalam masyarakat majmuk. Senyum lebar polan dengan orang sekeliling. Semuanya berpakaian kemas, tutur perkataannya sopan. Nampak berwawasan. Ish2, bagus sungguh mereka. Mereka cukup kuat bekerja untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Bagus sungguh. Sangat mulia budi pekerti. Polan melangkah meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba polan teringat sesuatu. Polan belum menunaikan solat asar lagi (polan merupakan penganut agama Islam). Polan segera beristiqfar. Dia bergegas kesana kemari cuba mencari musollah berdekatan. Polan berkonon2 mesti mudah mencari musollah disitu memandangkan bangunan yang tersergam indah itu sangat besar. Tambahan pula, ramai pekerja2 disitu polan lihat banyak yang menganuti agama Islam. Alhamdullilah.

Sudah naik basah ketiak si polan, tidak juga dia nampak musollah yang dicarinya. Bukan kata musollah, batang hidung musollah pun dia tidak nampak. Tapi polan tetap meneruskan pencariannya memandangkan dia belum menunaikan tanggungjawabnya. Polan naik runsing. Sepatutnya lebih baiklah polan naik basikal ke, rapidkl ke agar cepat hajatnya termakbul. Ini tidak, polan boleh hentam naik runsing pulak.

Polan tanya sana, tanya sini. Tiada sebarang jawapan pun yang boleh melegakan hati polan seperti kelegaan selepas keluar tandas. Pada pendapat saya, sepatutnya polan tanyalah kaunter pertanyaan ke, tanya orang ke, jangan lah tanya sana sini. Ye dak? Bodoh betul polan. Berbalik kepada cerita. Polan sudah penat. Ketiak sudah hamis. Kelengkang pulak toksah cerita. Polan berkira2 hendak berehat sebentar bersama kitkat, tapi tiada kitkat. Lantas polan duduk sebentar di anak tangga berdekatan. Setelah melempiaskan peluhnya ke lantai menggunakan jadi, polan tersentak.

"Ape kejadah?". Polan bermonolog dalaman setelah menyedari sesuatu. Belum sempat syaiton menghasutnya untuk mengeluarkan perkataan seperti maderfarder, faker, ass'old ataupun lancret, polan sedar akan tanggungjawabnya yang belum ditunaikan. Dia senang hati melihat signboard musollah yang ditujukan berdekatan dengan tangga yang dia sedang lepak. Polan segera bingkas dan bergegas untuk menunaikan amanahnya.

Lega sungguh hati polan dapat menunaikan solat asarnya walaupun agak terlambat. Polan mengeleng2. Selesai sahaja memakai kasutnya, polan tersentak semula. Di tenungnya signboard musollah tadi betul2. Ketat2. Polan merasa pelik kemudian merasa marah seraya ingin mengacungkan jari tengahnya kearah semua orang yang dijumpainya. Marah sungguh di dalam hatinya dan di dalam seluarnya!

Beginilah signboard yang dilihat si polan.



Sambil mencarut, polan merasa pelik kerana belum pernah polan lihat muslimat ke masjid memakai skirt pendek. Selepas berfikir panjang, barulah polan sedar bahawa masyarakat sekelilingnya sekadar hipokrit dan boneka kawalan sahaja. Mereka hanya mengejar keduniaan sahaja lantas lupa tujuan sebenar kewujudan mereka. Mereka bekerja hanya untuk kepentingan diri sendiri walhal mereka lupa mereka hanyalah boneka kawalan semata. Lahir sahaja, dijadualkan belajar. Besar sikit mereka perlu bekerja. Kemudian sampai ajal, lubang kubo la mereka. Segala2nya telah diaturkan. Jika tidak diikut, dipandang serong masyarakat. Polan botak kepala memikirkannya. Diceritakan kepada orang sekeliling, takur digelar masyarakat zaman batu. Tetapi polan tetap dengan pendiriannya. Polan berjalan meninggalkan masyarakat yang semakin alpa dan semakin melayu.



p/s Polan pesan kat aku, tampar sahaja sape yang pergi ke surau pakai skirt. Elok sikit kalau perempuan. Kalau lelaki bunuh sahaja.

5 Laungan:

Mohd Muzamel Zainal said...

sini aku pernah tgk minah russian pakai skirt ketat pegi masjid bai

pAIzSyUK iSBuRn said...

polan 2 ko ke mal???

decadence said...

polan tu aku la.
betul ke mujus? boleh buat story ni.

ms. stalker said...

alhamdulillah..
lega dgr..
nice story~

decadence said...

tq miss stalker. same2 kite ambil ikhtibar yea.