BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

February 18, 2010

Malu bertanya berjalan-jalan 2


Atas ketidakpuashatian aku terhadap bangsar, maka tersuratlah kisah 'Malu bertanya berjalan-jalan 2'.Bangsar memang bangsat. Suka menyesatkan anak-anak adam yang putih suci macam aku ni. Tapi dalam kes ni, anak Jonaini.

Hari tu, duit tak dak apa tak dak. Pening kepala pikir, eloklah henpon aku menjerit-jerit lagu dari The devil wears prada menandakan henfon aku mengandungkan mesej. Apekejadah mesej2 ni? Duit nak makan pun haram, apetah lagi nak nopap. Lepas mentelaah ape isi kandungan mesej, hati ini pun berbunga-bunga. Ni lah satu best kat kl ni, kalau tak ade duit, ade je makcik yang memahami.

"Hye L, buat ape? lame tak dengar khabar? Duit ade x? Cik anie baru gaji ni? hehe" dia gelak sinis. Aku senyum sampai telinga.

Lepas plan sume2, maka bermulalah misi ke mid valley petang esoknya. Berbekalkan duit not hijau sekeping, duit lama sepuluh ringgit (memang aku simpan untuk mase2 imergensi) dan rokok june sebatang, aku pun merancang bertolak sorang2. Ade la jugak aku menghulurkan invitasi dekat bali, haziq dengan muiz. Takut dibilang "tak ajak!". Malang ke tidak, diorang menolak dengan "peh,keluar ngan awek ade duit", "takraw" dan "tak ajak". Hampeh.

Mengikut plan aku, memang sempurnalah rancangan brilian aku, sepatutnya. Hari tu langit tak tahan pulak nak kencing. Hujan sampai ke petang. Hujan+perut lapar=tido. Maka tidurlah sang rupawan hingga ke sore. Celik2 bijik mata aku yang ditarik sedikit nikmatnya, pukul 6 petang. Sial. Lambat dah ni. Janji pukul 4. Nasib baik lah aku sedar dalam ic aku tercatat "melayu". Janji melayu kan?

Dengan lagak Frank Lampard berseluar jean bertishet, aku atur perjalanan. Macam biasa, cfs ni memang serupa itu Prison Break. Cara senang tak nak disoal pak cik pian, panjatlah tembok. Mengambilkira kelicinan selepas hujan, aku hati2 panjat tembok penjara tu. Maklumlah, sebelum ni ade budak pecah kepala. Jatuh. Tinggi maa~ Lagipun pakgad makgad mempunyai cara bijak menghalang banduan2nya terlepas. Dibubuh cat, dibubuh minyak, dipotong pokok. dibubuh kaca, dibubuh dawai malah dibubuh dengan usus2 ayam. Engineerkan? Bukan masalah besar.

Kereta kuda tak ada, unta tak ada, naik bas lah. Bas rapidKl u85. Ni lagi satu aku tak puas hati dengan kl ni. Nama rapidKl. Ape kebende yang rapidnye? Naik beku lutut nunggu. 1 jam setengah! Kalau mamak tebar roti, dah ade bulu ketiak dia gugur dah kat roti tu! Patutlah orang kl suke lepak mamak. Berbalik kepada bas stupidsiputKl td, aku tengok dah 3 bas metro lalu dah. Memang stupidsiputKl. Terkenang pulak Muar Motor Bus yang lagi terbaek.

Langit memang betul2 memahami. Tau2 aku tengah panas, kencing kat kepala aku. Sejuk sikit. Aku tengok bangla kilang dah melintas ramai2 menghala tempat aku tunggu bas. Ramai. Macam 1 bangladesh pindah Kl ni. Lepak pulak keliling aku berpayungkan kotak. Kalau awek nampak ni, jatuh saham bhai. Naseb baik muke aku macam mamat jepun, kalau tak memang jadi samaran sempurna untuk mengelak dikesan pakgad.

Hujan mencurah2 atas kepala. Aku tetap selamba. Cover dan bergaya. Bas bongok tak sampai2 jugak. Satu2 kereta teksi moto lalu sinis mengundang kemarahan. Aku tahan. Hish. Aku tenung2 ke jalanraya, ade bas metro. Memandangkan hujan dah macam orang cirit birit, aku hentamkan naik jugak. Walaupun tahu tak kan sampai ke mid. Walaupun tahu duit not hijau aku tu tak sebanyak mane. Mamposlah. Aku monolog dalaman walaupun aku tahu yang bakal mampos adalah aku.

Seperti biasa Kuala Lumpur. Tak ada gunalah memiliki lamborghini mahupun maserati, kalau dekat jalanraya berguling pun boleh memintas kerete2 berjenama sebegitu. Jalan jam macam semut hurung najis. Sejuk2 dalam aircond, kepala pening nak turun kat mana lepas ni. Rasanya stesen u (stesen lrt) boleh membimbing aku ke mid. Agaknya. Nasib baik lah ade 'panadol' seksi masuk, duduk sebelah aku. Hilang sikit pening mata aku. Ade 'eyemo' cuci mata. Patutlah rabun.

Stesen u. Duit berbaki 2.50. Jalan sikit bayar mahal. Cekik duit sungguh. Aku keluarkan Samsul aku nak talipon bali. Tutt tutt. Mane la bali ni. Baru saja nak maki dia, tiba2 hasrat bertukar. Lahanat punye stupidsiputKl, aku nak naik, ko tak nak sampai, rupe2nye belakang aku kau tonjol! haih. Tanye pendapat usher pulak. Atas nasihat dia, naik lah aku lrt menheading ke bangsar. Katenye dekat saja dengan mid. Betul jugak. Aku jalan kaki pun sampai.hehe

Tak ramai orang dalam lrt. Pandang kebawah. Aku kenal jalan ni! Simpang bercabang dua; kiri dan kanan. Jalan sesat! Sial lah. Baik turun sini, boleh aku membalas dendam atas kebodohan aku sebelum ni. Selepas konsider lrt tak boleh berhenti tengah2 track dan track juga nampak lebih tinggi dari tembok cfs, aku batalkan hasrat. To Bangsar!

Bangsar. Ramai orang jugak. Same je macam bangla tadi. Usher kata naik bus dari bangsar ke mid. Tak tau nak naik bas ape. Kang aku bedal lagi, sampai bentong pulak! Malu bertanya berjalan-jalan. Duit pun tinggal 1.30sen. Kalau tak cukup kang, tak kan nak gadai teruna aku. Waktu tu pun dah agak lewat. 7.30 agaknya. Nak tengok jam bayang2 ditangan pun dah tak ada bayang, memandangkan baru lepas hujan. Ape mau buat, cara zaman batu lah. Aku berjalan mengikut instinct aku lah. Aku yakin kat instinct aku lah. Tak sesat punya lah.

Langkahan kaki sudah semakin melalut. Panduan? Aku nampak puncak Hotel Garden sebelah mid, aku ikut. Memang terer aku ni. Macam orang dulu2 ikut arah bintang. Memang layak jadi engineer. Betul lah ni. Aku tenung lama2 signboard 'mid valley city' atas jejambat tu. Betul lah. Jalan lagi. Susah betul kl ni. Bape banyak jejambat ko nak buat. Ingat paling bawah, ade lg bawah. Ingat paling atas, ade lagi atas. Ko tengok muo. Letak 1 jejambat je. Kan senang?. Jalan lagi. Lagi dan lagi.

Memang menyirap darah. Kereta lalu, air lecak menyimbah. Semua tak puas hati dengan aku. Laju je semua. Kepala menara garden dah hilang dari pandangan. Tinggal harapan. Tak lupe instinct aku. Alamat selamat lah aku. Sape suruh cakap mampos awal2 tadi. Jalan lagi. Depan sikit, jalan jam. Terkekeh-kekeh aku gelakkan kereta yang langgar lecak dekat aku tadi. Bodoh, beli kereta mahal2 unta pun boleh potong. Syukur alhamdulillah, mid dah dekat da. Ni mesti berkat aku terlepas maghrib ni. Memang malas aku keluar jalan2 ni. Kapir lahanat.

Ketiak dah macam longkang, sampai depan pintu mid. Hembus nafas lega bebas nikotin sekejap. Aku nak selesaikan misi aku cepat2. Jumpa makcik aku, bual2, pau, beli rokok, makan asskrim mekdi, balik.....


p/s Bas dari setesen lrt bangsar ke mid adalah free. Lahanat.

14 Laungan:

bulu said...

bodo punye unteee!!!
sengal!! mcm lncau!ahaha
xpenah aku jmpe unte sesengal nih..
papepon, TERBAEK!!
brguling2 aku bace..haha

decadence said...

Bkn slh aku doh. Salah... Salah sape sial?

decadence said...

Bkn slh aku doh. Salah... Salah sape sial?

Azri Kamal said...

haha.unta2.dah 2 tahun ko kat kl pun sesat ke

decadence said...

alah. biasa la. orang kl pun tak tau kl. kn3?

Myza said...

HAHA I tau cerita ini. PADAN MUKA U!

decadence said...

bising lah u. salah u ahh

Lord Hosni the Wise said...

aku punye la susah nk paham...aku bayang jalan2 yg ko cite tu...mcm x masok je ngan peta kat kpale aku..

rupenye aku dok bayang bandraya KT

bodo la ko ni mal..macam lembu!

bulu said...

hoi lahanat...ble nk update blog?
aku rase dh nk dkat 50kali aku msuk blog ko,stil lg post ni yg kat atas skali...cepat la buat post bru...aku tgh bosan ni..haha

hosni: ni bukan lembu..ni unte!!

lordhosni said...

bulu..wat la blog sndiri plak...

bulu said...

aku xde bakat der buat2 blog ni...
bosan je kang nant...
haha..
ko pon same hosni..mkin kurang update blog skrg...

Syanaz Lee said...

serius, lwk gile!

decadence said...

hosni= ko mmg lmbab mcm bob
berlari-lari. lg 1, jgn same
kn bandar keramat muo dgn kt
ye. aku marah nnti!
bulu= lu lpk. nnti ade r.
intan= thanx

p/s. gua bukan lembu bukan unta. gua kiut!

miza said...

gila perasan cute. jadah!