BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

May 3, 2010

Sebuah tali pingang dan 2 butir dompet

Malam jumaat lepas sama macam jumaat biasa. Orang-orang kl bergegas ke masjid jam 2 3 pagi, pekerja ofis balik rumah awal terbayang senyuman lebar isteri, kaum-kaum berkulit gelap berkerumun memenuhi kfc. Aku macam biasa lah, kerja shit 3 petang sampai 12 malam. Jenuh nak speaking dengan 'nigga celup malaysia' yang suka sangat makan kfc masa peak hour. Pukul 6 sampai lapan memang beratur orang datang nak makan kfc yang aku buat lepas pegi tandas tak cuci tangan. Cina, india, melayu pun ade. Aku agak dorang datang kfc nak solat maghrib jemaah ramai-ramai kot dengan awek diorang.

Lepas penat pura-pura senyum lepaskan customer yang berkerumun, aku dengar juga desas desus si muaz bani dengan kembar aku irsyad hendak pergi uptown. Nak mengurut kaki katanya. Teringin jugak aku nak ikut, mana lah tau pergi rumah urut ke. Biasa lah malam jumaat. HAHA Tapi hancur jugak harapan bila dengar motor ada sebijik saja. Belum pernah lagi aku dengar polis atau jpj tak saman kalau naik motor empat orang. Nasib baik dalam kepala hotak aku ni ada sebijik geliga besar tembikai. Riki-riki, dapat pinjam motor miss (manager) aku. Ditanya ada lesen, adakan saja.

Pukul satu lebih, gerak. Dengan kasut hitam kerjanya selamba babi kami gerak ke uptown damansara. Cadangnya nak urut kaki. Tapi aku dalam hati tak nak. Bukan tak ada duit, kesian dengan tukang urut. Maklumlah, kaki bau binatang. Tak berbaloi dia dapat duit kalau urut kaki bau macam najis ini. Tapi tak apa lah, boleh jugak aku beli dompet ke, baju ke, tali pingang ke. Tak ada tak ada lesen, aku jugak yang bawak. Si bani yang ada lesen bonceng saja. Maklumlah, gemuk. Boleh buat pemberat. Dapat la rasa bawak berat-berat superbike sikit walauun kriss. Lesen untuk orang yang tak reti bawak saja. Macam aku dah reti, tak payah la ambik lesen. Dia ada lesen saja, bawak tak reti. Biasa budak kl, mana reti bawak motor. Nak betulkan side mirror pun pergi kedai motor.

Aku cucuh buntut irsyad dengan muaz. Maksud aku buntut motor ye. Muaz dah plan awal-awal. "Kalau ada polis, aku bunyikan 3 kali hon. Kalau jauh sangat, 5 kali!". Ya kawan kawan. Dia memang bangang. Ini baru sikit. Haa. Weng sana weng sini, sampai dekat tempat kawan kitaorang tunggu. Si bani merengek-rengek nak bawak motor. Aku bagi saja sebab dapat naik vios kawan aku. Ape barang naik motor. Ingat gua mat rempit ke? Bani start engin, tak hidup. Start lagi, tak hidup lagi. Nasib baik kali ketiga hidup sebelum sempat aku kutuk dia. Masuk gear satu, perah minyak, nak langgar divider. Aku dalam hati, nasib baik. Pendek cerita, 30 meter lima kali nak langgar divider dengan bawak huyung hayang. Macam cina mabuk todi. Aku cakap sori la bani. Lain kali kau bawak. Dah lah motor orang. Kalau kepala kau pecah tak apa, kalau motor ranap sapa nak ganti ye dak?

Tup tup. Sampai. Datang nawaitu nak urut, dah sampai urut tak dak rumah urut pun tak dak. Sibuk berjalan cari barang. Yang cari boxer lain, yang cari wallet lain. Si irsyad hilang entah kemana. Tup tup jumpa dah show off belt kepala superman dia. Jalan lagi jumpa lah kedai konon lelong tabur wallet. Smart smart jugak stop lama sikit. Pilih pilih, aku angkat satu. bani dapat pujuk rayu cium mulut abang tu beli wallet kurang harga rm2, muaz gemuk (sikit HEHE) belt superman satu, muaz (kurus HEHE) satu belt superman dua wallet 'rare' katanya. Lepas tu, lepak lepak makan nasi bujang. Bukan tak ada duit. Geli tekak saya makan kfc. Muaz kurus tak habis habis gayut. Lepas makan chow.

Banyak jugak trafik light dilanggar amaran merahnya. Tapi apa pedulik. Kalau langgar bunyi. Bukan aku tak ada duit nak ganti. Bukan tak boleh claim insyurans. Bukan tak boleh claim socso. Kan kan kan? Dezap dezup sampai lah kfc balik. Motor kene pulang. Kesian karang miss aku balik rumah berguling. Semua muka happy dapat pakai barang baru. Boleh show off agaknya. Tiba-tiba!

"Weh, beg duit aku dengan belt aku mana?" Tanya muaz soalan yang mencemaskan. (Atleast untuk dia)

"Entah. Aku kerja kfc ni bukan disuruh jaga barang barang kau". Jawab ku pura pura tolong mencari sambil membakar kesabaran muaz.

Cari cari akhirnya muaz akur bahawa beliau tertinggal dompet rare dan belt superman (yang boleh buat dia merasa terbang melayang) yang di gembar gemburkan dia masa on the way balik. Padan muko kau! Molayang duek kau rm30. Sapo suruh belagek nar. Lenkali nak show off, biar dah pakai dulu. HAHA sepanjang malam, lawak wallet dan belt terus bermain di bibir kami sambil hati muaz semakin panas.

Bersambung...

p/s Hari yang panjang. Padan muko kau muaz! Den sonang yo. ABAH KAU!