Malam jumaat lepas sama macam jumaat biasa. Orang-orang kl bergegas ke masjid jam 2 3 pagi, pekerja ofis balik rumah awal terbayang senyuman lebar isteri, kaum-kaum berkulit gelap berkerumun memenuhi kfc. Aku macam biasa lah, kerja shit 3 petang sampai 12 malam. Jenuh nak speaking dengan 'nigga celup malaysia' yang suka sangat makan kfc masa peak hour. Pukul 6 sampai lapan memang beratur orang datang nak makan kfc yang aku buat lepas pegi tandas tak cuci tangan. Cina, india, melayu pun ade. Aku agak dorang datang kfc nak solat maghrib jemaah ramai-ramai kot dengan awek diorang.
Lepas penat pura-pura senyum lepaskan customer yang berkerumun, aku dengar juga desas desus si muaz bani dengan kembar aku irsyad hendak pergi uptown. Nak mengurut kaki katanya. Teringin jugak aku nak ikut, mana lah tau pergi rumah urut ke. Biasa lah malam jumaat. HAHA Tapi hancur jugak harapan bila dengar motor ada sebijik saja. Belum pernah lagi aku dengar polis atau jpj tak saman kalau naik motor empat orang. Nasib baik dalam kepala hotak aku ni ada sebijik geliga besar tembikai. Riki-riki, dapat pinjam motor miss (manager) aku. Ditanya ada lesen, adakan saja.
Pukul satu lebih, gerak. Dengan kasut hitam kerjanya selamba babi kami gerak ke uptown damansara. Cadangnya nak urut kaki. Tapi aku dalam hati tak nak. Bukan tak ada duit, kesian dengan tukang urut. Maklumlah, kaki bau binatang. Tak berbaloi dia dapat duit kalau urut kaki bau macam najis ini. Tapi tak apa lah, boleh jugak aku beli dompet ke, baju ke, tali pingang ke. Tak ada tak ada lesen, aku jugak yang bawak. Si bani yang ada lesen bonceng saja. Maklumlah, gemuk. Boleh buat pemberat. Dapat la rasa bawak berat-berat superbike sikit walauun kriss. Lesen untuk orang yang tak reti bawak saja. Macam aku dah reti, tak payah la ambik lesen. Dia ada lesen saja, bawak tak reti. Biasa budak kl, mana reti bawak motor. Nak betulkan side mirror pun pergi kedai motor.
Aku cucuh buntut irsyad dengan muaz. Maksud aku buntut motor ye. Muaz dah plan awal-awal. "Kalau ada polis, aku bunyikan 3 kali hon. Kalau jauh sangat, 5 kali!". Ya kawan kawan. Dia memang bangang. Ini baru sikit. Haa. Weng sana weng sini, sampai dekat tempat kawan kitaorang tunggu. Si bani merengek-rengek nak bawak motor. Aku bagi saja sebab dapat naik vios kawan aku. Ape barang naik motor. Ingat gua mat rempit ke? Bani start engin, tak hidup. Start lagi, tak hidup lagi. Nasib baik kali ketiga hidup sebelum sempat aku kutuk dia. Masuk gear satu, perah minyak, nak langgar divider. Aku dalam hati, nasib baik. Pendek cerita, 30 meter lima kali nak langgar divider dengan bawak huyung hayang. Macam cina mabuk todi. Aku cakap sori la bani. Lain kali kau bawak. Dah lah motor orang. Kalau kepala kau pecah tak apa, kalau motor ranap sapa nak ganti ye dak?
Tup tup. Sampai. Datang nawaitu nak urut, dah sampai urut tak dak rumah urut pun tak dak. Sibuk berjalan cari barang. Yang cari boxer lain, yang cari wallet lain. Si irsyad hilang entah kemana. Tup tup jumpa dah show off belt kepala superman dia. Jalan lagi jumpa lah kedai konon lelong tabur wallet. Smart smart jugak stop lama sikit. Pilih pilih, aku angkat satu. bani dapat pujuk rayu cium mulut abang tu beli wallet kurang harga rm2, muaz gemuk (sikit HEHE) belt superman satu, muaz (kurus HEHE) satu belt superman dua wallet 'rare' katanya. Lepas tu, lepak lepak makan nasi bujang. Bukan tak ada duit. Geli tekak saya makan kfc. Muaz kurus tak habis habis gayut. Lepas makan chow.
Banyak jugak trafik light dilanggar amaran merahnya. Tapi apa pedulik. Kalau langgar bunyi. Bukan aku tak ada duit nak ganti. Bukan tak boleh claim insyurans. Bukan tak boleh claim socso. Kan kan kan? Dezap dezup sampai lah kfc balik. Motor kene pulang. Kesian karang miss aku balik rumah berguling. Semua muka happy dapat pakai barang baru. Boleh show off agaknya. Tiba-tiba!
"Weh, beg duit aku dengan belt aku mana?" Tanya muaz soalan yang mencemaskan. (Atleast untuk dia)
"Entah. Aku kerja kfc ni bukan disuruh jaga barang barang kau". Jawab ku pura pura tolong mencari sambil membakar kesabaran muaz.
Cari cari akhirnya muaz akur bahawa beliau tertinggal dompet rare dan belt superman (yang boleh buat dia merasa terbang melayang) yang di gembar gemburkan dia masa on the way balik. Padan muko kau! Molayang duek kau rm30. Sapo suruh belagek nar. Lenkali nak show off, biar dah pakai dulu. HAHA sepanjang malam, lawak wallet dan belt terus bermain di bibir kami sambil hati muaz semakin panas.
Bersambung...
p/s Hari yang panjang. Padan muko kau muaz! Den sonang yo. ABAH KAU!
May 3, 2010
Sebuah tali pingang dan 2 butir dompet
April 18, 2010
Asrama Penuh
Hari tu aku kerja macam biasa lah. Penat. Ramai mat salleh kacuk order ayam kfc. Macam sedap sangat lah kfc tu. Rasa ketiak bangla yang masak tu je aku agak. Mombazir yo. Biarlah, duit kau orang. Kalau excess, aq jugak yang kebas. HEHE. Aku macam biasa, jadi cashier drive-thru. Kalau ada membe2 datang order air, dapat la 1 2 snack plate free.
Bosan tak ada costumer, tiba2 samsul aku berbunyi menjerit2 lagu daripada Asking Alexandria menandakan ada seseorang menunggu di sebelah talian talifon mengharapkan suara jamal abdillah aku menjawab. OH! Baru aku teringat, kawan aku dari kampung nak datang ke Kuala Lumpur yang katanya maju ni. Alhamdullilah aku dengar berita dia diterima untuk interview untuk menyambung pelajaran. Maklumlah, dia bukan pandai sangat. Dekat alam fana ini, aku saja yang pandai. Ye! Kamu para pembaca pun bengap juga.
Katanya, dia sedang mencari jalan ke kfc aku bersama2 kawan2 sekampung aku yang juga menuntut ilmu, kononnya, di Kuala Lumpur ini. Setelah menjanjikan makan free, maka bersemangat lah perut2 biawak itu datang ke tempat kerja aku. Bukan selalu dapat makan kfc bagi pelajar ini, ye dak? Lagi2 free. Aku ini lain. Tekak dah geli dengan ayam kfc. Mkn kfc ini mcm makan nasi la bagi aku. Hari2 aku makan kfc tau. Ingat aku tak ada duit? HAHA
Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju tidur dirumah kawan aku. Lepak2! Padahal badan aku sudah penat. Petang main bola untuk kfc lagi. Sambung kerja lagi. Lepak rumah member aku pun main bola lagi. Tapi game la. Jangan tanya menang kalah. Kalau kalah, potong yang dalam seluar ini. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.
Tup tup. Esoknya kami lepak mamak rashid bawah flat rumah member aku. Perut lapar. Tapi aku tak makan! Jatuh la standard aku. Hari2 mkn kfc, tiba2 makan mamak. Please lah ok? Aku makan roti banjir saja. Jadi lah alas perut. Petang kang kerja, makan free lagi. Memang untung kerja kfc, makan tanggung berak cangkung. Tapi biasanya aku tak berak. Tak ada selera dengan tandas kfc. Bau macam binatang!
Habis makan, kami berbual2 cerita lama. Pasal sekolah, pasal interview, pasal illuminati serta aku punya pasal la nak borak ape. Tiba2 member aku mengujarkan soalan begini :
"Mal, dulu cane r ko bole masuk asrama penuh" .Ujarnya sengih2 macam biasa.
"Entah. Dulu lepas upsr kan aku masuk maahad. Tau2 aku dapat tawaran mrsm bp tu. Aku agak bapak aku buat permohonan. Aku pun tak tau bile dia mintak". Jawab aku bersungguh2.
"HAHA. Terer betul kau eh mal dapat masuk asrama penuh". Betul2 dia bantai gelak sampai ane yang tengah garu celah kangkang sebelum buat roti canai terperanjat.
Aku pun terpingga2. Apa kejadah yang lawaknya? Yang sekor ni memang suka kenakan orang gunakan ayat2 dia.
"Yelah. Asrama penuh. Asrama dah penuh pun kau boleh masuk eh mal? Kau tidur kat mana? HAHA". Dia sambung gelak sambil aku terus mencarut dan memaki hamun akibat terasa terkena.
Hampeh kau setan!.
p/s Banyak ayat dia kenakan orang yang aku suka! HEHE
April 16, 2010
Kisah Si Polan dan Signboardnya
April 6, 2010
7 jika dan bagaimana untuk mengatasinya 1
- Jika anda diketawakan rakan2 kerana tidur dikelas sehingga keluar air liur basi, jangan panik atau malu. Terus bangun (tetapi buat muka orang gila), buat2 kena sawan dan sembur air liur dekat muka diaorang. Kompen rakan2 anda tidak gelakkan anda lagi.
- Jika anda tersalah tegur orang yang tidak dikenali, jangan mohon maaf dan chow dengan muka merah. Teruskan perbualan dan buat2 kenal dengan orang tersebut walaupun dia terpingga-pingga. Hulurkan not RM50 kepadanya seperti anda berhutang kepada 'rakan' anda itu. Kompen dia mengaku anda kawannya.
- Jika anda ditegur orang kerana zip seluar anda terbuka, jangan tutupkannya. Biarkannya sambil lagak seperti ia adalah trend terkini. Jikalau zip tersebut rosak, anda perlu berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!".
- Jika anda bercakap seorang diri kerana kawan anda tertinggal dibelakang, rilek. Teruskan bermonolog luaran seorang diri sambil memaki dan menyumpah kawan anda kuat2. Pasti orang takut hendak tegur anda kerana anda mempunyai masalah otak yang kritikal.
- Jika anda termasuk tandas wanita, buat muka gelabah dan secemas mungkin. Ini dapat menghindari fitnah dan jeritan dari wanita2 di dalam tandas itu. Dengan syarat anda mestilah menyatakan bahawa anda sedang mencari isteri atau awek anda yang sudah lima hari tak keluar2.
- Jika anda terkentut dengan kuat dan lantang semasa peperiksaan dijalankan di dalam sebuah dewan yang besar, jangan takut! Apa yang anda harus lakukan adalah angkat kepala dan lihat sekeliling lagak seperti anda mencari punca bunyi tersebut. Kemudian cakaplah "Kacau saja" sambil mengeleng kepala.
- Jika anda ditegur kawan kerana memakai baju yang bertompok semasa di pusat beli-belah, ape yang perlu anda lakukan hanyalah gerakkan lidah anda untuk berkata "KL bro!". Pasti kawan2 anda percaya bahawa itu adalah fesyen terbaru remaja2 di KL. *true story*
Korang cakap aku bodoh kite lihat sape bodoh.
Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?
If Peter Piper Picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?
She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore,
I'm sure she sells seashore shells.
Red lorry, yellow lorry. (4x)
Which wristwatches are Swiss wristwatches?
How much wood would a woodchuck chuck
If a woodchuck could chuck wood?
He would chuck, he would, as much as he could,
And chuck as much as a woodchuck would
If a woodchuck could chuck wood.
Betty Botter had some butter,
"But," she said, "this butter's bitter.
If I bake this bitter butter,
It would make my batter bitter.
But a bit of better butter,
That would make my batter better.
"So she bought a bit of butter –
Better than her bitter butter –
And she baked it in her batter;
And the batter was not bitter.
So 'twas better Betty Botter
Bought a bit of better butter.
toodles,
April 4, 2010
Tribute to Asraf Mat Pauzi
Bukan! Bukan malas yang menjadikan seseorang tu tidak berjaya dalam hidup. Tapi dalam kes aku, jadi kurang pandai. Mungkin betul mastika kata melayu bakal pupus 50 tahun lagi sebab malas. Mungkin betul bangsa melayu yang semakin me'layu' ini tidak boleh dipisahkan dari sifat malas. Tapi nasib baik aku separuh jawe separuh melayu. Kira pan-asia la aku ni (lantak la kalau korang nak panggil aku yang dalam kain tu).
April 1, 2010
Ashtray
Post kali ini aku nak cerita betapa buruknya perangai perokok-perokok yang aku kenali dekat cfs ini. Macam-macam perokok perangai ade. Yang kuat pau rokok membe, yang mula-mula pasangkan rokok orang (sekarang da perokok tegar nampaknye), yang kepala tintong isap rokok, yang sembur asap ikut celah gigi pun ade. Ish2. Buruk perangai mengalahkan beruk. Tapi bukan nak cerita keburukan hisap rokok mahupun muke penghisap rokok ni, tapi gua nak cerita pasal ashtray (entah betul ke tidak eja).
February 19, 2010
Kuang ajo punya budak!
Memang sejak azali lagi otak aku bukan dilahirkan untuk ilmu hisab. Saya ulang BUKAN. Hisap rokok bole la. Atas sebab ape aku memilih engineering yang seperti nasi berlaukkan ilmu hisab, tidak dapat dipikirkan. Selepas mengetahui liku2 engineering ni barulah aku sedari kebangangan aku terhadap math. Boleh kata musuh ketatlah. Ketat macam chelsea dengan man utd. Ketat macam seluar yankee rockers. Ketat macam anak dara.
Exam mid sem aritu, org blaja. Aku tido. Orang tido. Aku tido. Memang lah jadi bangang macam lembu. Tapi tak ape, aku ade alasan aku sendiri. "Aku kan genius. Buat ape belajar. Belajar untuk orang bodoh je". Kan? Tapi tengok result, ternyata aku memang kurang pandai. Membe gua sume menyesal tak dapat A, gua rilek je muke walaupun fail. Aku tanya membe aku sorang (serius muke cam sys), katanya rendah je. Sikit lagi nak A. Lancau belagak! Aku dapat 13 je. Macam numbor jersi aku kat jasin. Banyak la 2. Tapi apasal fail? Dunia memang dengki dengan aku.
Pejam celik, pejam celik, pejam tak bukak-bukak, dah final. Math exam hari last sekali sebelum cuti untuk sambung tido di rumah. Gua pun pening kepala macam mane nak lulus dengan carry mark ciput macam kentut lepas berak. Gua ape lagi, steragel la. Tup-tup abis, nak balik dah. Lepak bilik. Kemas barang, abiskan stok makanan, stok rokok (kalau tak kne pelangkung kat umah), lepak ngan membe. Nak bukak cite, membe gua ni datang. Tersengih-sengih tengok aku macam laki baru malam pertama. Maka terjadilah dialog dan maki-makian seperti biasa.
"Mal, cane math?" terpancul soalan bangang dari kawan aku yang bangang macam soalannya.
"Bole la. Tapi susah sial". Aku kata, geleng kepala.
"Beselah..." keluar lagi ayat yang biasa aku dengar dari mulut busuk dia
" kau bukan tak pandai mal, ko bodoh je". Berseloroh dengan aku, macam kongkang dah aku tengok dia gelak.
"Alah ko tole (nama pangilan dia), ko lagi la kompom tak bole. Otak ko tu kosong." Aku lawan.
Tak kan diam je. Tak jantan la.
Dia sengih je, cuba keluarkan samting dari beg galas dia. Rase nak bagi makan tapak kasut aku je tengok dia sengih.
"Nah mal, simpan ni". kata dia sambil hulur sekebat kertas dekat aku.
"Mende ni?".
"Nota math 3 aku, ko kan nak guna lagi sem depan." Aku dengan dia bantai gelak (lagi elok dari aku bantai dia). Haha.
"Kong ajo ko. Ko pun mid sem 11 je!" Gelak lagi.
Kan kawan-kawan? Macam celaka kan perangai beliau? Tapi alhamdulliah la. 2 2 lepas final walaupun tak secemerlang Amalina tu. Tak pe la. Amalina tak bole tido, enjoy macam aku. Padan muke.
p/s : kepada syarikat-syarikat engineering, jangan la amek aku keje. Runtuh lagi bangunan-
bangunan kat malaysia ni kang. Lagi elok ban terus membe aku tu. Tak ble harap. 1+1 pun
pening.
Posted by decadence at 9:15 PM 10 Laungan
February 18, 2010
Malu bertanya berjalan-jalan 2
Posted by decadence at 1:52 AM 14 Laungan